Friday, May 16, 2014

Berkurun.

Lama sangat dah tak update. Takde hati nak menghapdet sebenarnya. Aku rasa aku ni kalau mood elok,gembira,bahagia.. mmg  takde modal nak menulis-nulis ni. Agaknyalah.




Nah.. sekarang pun dah tak tau nak cerita apa.





Lain kalilah. Lain kali! :P

Tuesday, January 21, 2014

Rutin Sejak Dah Jadi Isteri Orang. Luls.

Tu caption ke intro tu. Hehehe. Sejak dah bergelar isteri ni rutin harian dah berubah. Yg pegi kerja balik kerja tu sama lah. Yang berubah aktiviti di rumah dan juga masa. Kalau dulu pergi kerja balik kerja 5 minit je ambik masa dari rumah ke opis,opis ke rumah. Minyak tu kadang seminggu 10 hengget je. Mau tak nye. Kadang-kadang tak bawak keta. Gilir-gilir. Harini aku bawak keta..esok kawan pulak.
Sekarang dari rumah ke opis ambik masa lebih kurang sejam. Sejam tu kira purata. Tengok keadaan traffic. Aku pernah balik ikot MRR2, 2 jam baru sampai rumah. Sob.sob.sob. Balik rembau pun tak sampai 2 jam. Sekarang ni aku tak ikot dah MRR2 tu. Baik pergi mahupun balik. Berpuaka betul jalan belah sana. Nak tempuh canaught ape sume. Nehi. nehi. nehi. Aku lebih rela bayar tol lebih dari buang masa atas jalan dan sakit kaki menekan juga menahan pedal. Encik Ken aku tu manual. Paham-pahamlah kereta oldskool. Takpelah. Aku dah boleh adapt, dah redha dengan keadaan tu. Kalau dulu masa seminggu dua pertama.. memang rasa nak menangis je nak pergi kerja. Dalam hati tu menjerit-jerit cakap 'tak suke cheras! tak suke cheras!'. Ini betul ni. Tapi bak kata pepatah.. Alah biasa tegal biasa. Dah boleh adapt. Takde lah rasa jauh. Yang bagusnya..dulu umah dokek ngan opis sampai opis mesti lewat 5 minit 10 minit. Sekarang bila dah duk jauh ni..boleh pulak sejam awal sampai opis. Orang pertama okay. Kalaulah utk performance appraisal.. attendance punya markah byk dikira.. aku lah juaranya. Mau dapat bonus 3 bulan gaji. Heh.
Selalu aku sampai rumah dekat nak maghrib. Kadang-kadang dah azan baru aku sampai. Sampai je rumah suami yang sambut (memang terbalik kod). Duk kejap,sembang-sembang dengan suami bagi hilang letih.. tak mandi dulu pegi solat. Usai solat apa lagi.. senseng lengan baju. Memasaklah. Suami Aku suke makan kat rumah. Tak kisahlah lauk sardin je pun. Janji makan kat rumah. Dia kata dia dah muak makan kat luar masa bujang. Dia pun tak lalu sangat makan makanan luar. Aku ni masa bujang jarang gila masak. Tak tipu. Memang malas nak masak. Sebab keja kadang balik lambat..takde maknanyalah balik nak masak apa sume. Tapi dah kawen..ada suami.. Kena rajinkan diri. Dapat pahala banyakkk pulak tu. Gila taknak?
Serius cakap.. orang pemalas dan tak ada rasa nak ubah attitude malas tu tak usahlah kawen. Baik lelaki mahupun perempuan. Pada aku bila dah kawen ni memang kena ada sikap rajin tu. Wajib ada. Nak-nak lagi perempuan. Dah kalau malas.. sape nak uruskan rumah kita. Kalau banyak duit boleh hire orang gaji okaylah. Tp kalau ada orang gaji sekalipun..takkan suami tu nak orang gaji yang uruskan. Ye dok? Kalau kita yang uruskan sendiri laagi bagus. Dapat pahala banyak.. again.. Gila taknak? Suami aku so far.. alhamdulillah. Membantu jugak buat kerja rumah. Tapi paling obvious yang dia nak bantu..memasak. Memang kadang-kadang aku balik..dia dah siap masak. Ngeh. Kadang-kadang tolong basuh baju. Alhamdulillah. Syukur. *Feeling love. Okay poyo.
Berbalik pada masa.. Bila dah siap masak, makan ape sume. Aku akan kemas dapur. Make sure takde pinggan mangkuk tak berbasuh dalam sinki. Masak air panas untuk buat air isi dalam termos untuk suami bawak pegi keja esoknya. Bukan takleh nak buat esoknya.. Dia jadi kelam kabut. Masa mula-mula memang aku buat pepagi sebelum gi keja.. tapi aku jadi lambat nak gi opis. Dah siap keja kat dapur. Pergi mandi, solat then buatlah keja macam lipat kain baju..iron baju keja.. Memang tup tap tup tap tengok jam dah pukul 11 ke 12. Nampak tak betapa terhadnya masa tu. Memang takdenyelah nak tengok tv. Dan tengok pun masa makan tu. Kami duk bersila makan kat depan tv. Almaklum orang baru kawen. Takde meja makan. Ngeh.
Seriously masa sangat terhad bagi aku. Weekend pun macam tu lah. Kemas rumah macam mop lantai, cuci toilet ke.. memang weekend je boleh buat. Hari biasa memang takdanlah. Kalau nak buat jugak aku rasa maunye aku tidur pukul 2 3 pagi. Behtu pukul berapa boleh tersedar nak pegi keja? Tido pukul 12 pun pukul 6 baru sedar. Yang herannya masa bujang dulu boleh je sedar sebelum masuk waktu subuh..tp sejak dah kawen ni pukul 6 baru tersedar. Aku dah cuba dah set alarm pukul 5.00 - 5.30..takde maunye terbangun. Memang pukul 6 jugak baru boleh sedar. Ini teruk ni. Letih benor gamoknye. Sape yang boleh bangun awal2 pagi masak ape sume memang power nih.
Ni belum ada anak lagi. Kalau ada anak aku pun tak tau macam mana gayanya nak handle semua. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik,kekuatan juga ketabahan. Aamiin!
Itulah serba sedikit tentang kehidupan aku lepas jadi isteri orang. Eceh. Bajet orang nak tahu. Ngeh!