Monday, December 10, 2012

Bolom Laie.

Dari 2 minggu lepas orang dok tanya aku. Berdebar ke tidak? So far.. jawapannya tidok. Ini serius.. bak kata wonder pet. Memang takde rasa berdebar lagi. Maybe aku takde menghitung hari. Buat derk dengan 'tarikh' ittew. Kalau dihitung berdebar lah kot. Kot lah. And mayb jugak aku lebih rasa 'pening-pening lalat' dengan persiapannya. Banyak mikior tu lebih mengatasi rasa berdebar tu kot. Nak berdebar tunggu masa hari kejadian lah. Berdebar sekarang buang karan je. Eh?
So far persiapan okaylah. 70% consider settle lah. Tinggal lagi nak beli n buh benda-benda makan dalam dulang je. Cincin baru je minggu aritu pi beli. Malu-malu tau masa pi beli cincin. Dok lawan tolak.."U lah pilih.. u lah pilih." Jenuh. Almaklumlah. Walaupun dah lama kenal.. kitorang ni consider macam baru kenal jugak. Kira baru kali ketiga keluar bersama. Berdebar macam 1st time nak jumpa aritu. :P
Macam tak percaya pulak dah nak bertunang. Setelah melalui pelbagai cobaan,cobaan dan cobaan..Finally. Alhamdulillah. Ia rahsia Allah. Kalau dah jodoh tu memang tak ke mana. (: Aku percaya,sangat percaya.. kalau kita bersungguh nak, bersungguh mintak dan benda tu baik untuk kita, Allah akan makbulkan permintaan kita tu. Bezanya lambat dan cepat je. Dalam mengharap apa sekalipun.. ubatnya adalah sabar. Ingat. Orang sabar takkan rugi. Kena percaya 100% dengan Allah. No doubt. InsyaAllah. Segala apa yang Allah dah tetapkan untuk kita itu adalah yang terbaik. Perancangan Allah memang sempurna. Sesungguhnya Yang baik dari Allah. Yang buruk itu adalah 'refleksi' dari kita sendiri.

Nota hati : Hadiah teristimewa. Syukran Ya Ukhti.

Wednesday, November 14, 2012

1 Muharam 1434 / 15 November - A month to go.

Bismillahhirahmanirahim.. Menjelang esok bermakna lagi sebulan genaplah aku bakal menjadi tunangan orang. Phewww. Debaran kian terasa.*Ecewah. Sebenarnya.. lagi dekat tarikh lagi tinggi tekanannya pada aku. Persiapan semua.. so far berjalan dengan baik. Alhamdulillah. Door gift & hantaran consider settle dah la.Tinggal lagi bab kenduri khemah ape semua. Yang tu serah pada mak ayah lah kot.
Dalam perhubungan ni tipulah kalau manis je semua. Tipu bebenor. Bagi kami yang usia perkenalan yang dah mencecah hampir 9 tahun ni..macam-macam dah dilalui. Even dah ditahap sekarang ni pun. Perempuan ni kadang-kadang suka nak emo tak memasal. Setuju? Aku juga tak lepas dari bersikap emo ni. Tapi takdelah tak memasal.. bersebab jugaklah nak emo. Aku ni berkawan(mention berkawan lg better dari 'bercinta or bercouple'- *geli) dengan orang yang kebanyakan masanya adalah 'sibuk'. Dia sibuk dengan banyak benda. Kerja dia sebagai pendidik tu dah cukup sibuk dan banyak kerja. Ditambah lagi dia sekarang tengah sambung study. So dua minggu sekali every weekend dia ada kelas. Assignment lagi. Plus satu lagi.. dunia muzik dia. Pergi studio jamming lah.. recording lah.. show lah.. So.. dia memanglah seorang yg sangat sibuk. Makanya.. berkawan dengan orang yang busy ala-ala menteri ni.. haruslah tinggi tahap kesabaran. Ni pada aku lah. orang lain tu ku tak tahulah. Sebab apa kena banyak sabar? Sebab masa untuk diri kita dimanja-manjakan amatlah minimum sekali. Kadang tu sehari cakap 5-15 minit je. Tu pun tanya dah makan ke belum okay ke tidak. Tu je. Mujurnya kita ni bukan jenis leweh-leweh nak kena cakap i lebiu everyday. Eh. tapi tak kuasa jugak tau nak mengada-ngada macam tu. Relax-relax sudahlah kot. Tapi..dah kalau berlarutan dia punya busy tu sampai kita rasa tak dipeduli.. Memang emo lah. Mulalah ku nak merajuk. He.he.he. Dah nama pun perempuan. Normal lah tu. Kan?
Satu benda yang aku perasan setahun dua kebelakangan ni.. Dia lebih peka dengan apa yang aku rasa. Contohnya kalau aku marah ke tacing ngan dia. Dia boleh tau dah. Padahal aku takde pun tunjuk-tunjuk. Cakap je macam biasa. Nada suara pun macam biasa.Takde nak high pitch ke ape. Tapi.. dia tahu aku tak okay. Nanti dia pun bercakaplah dengan suara serba salah dia tu. Hik.hik.hik. Dia sendiri dah banyak berubah. Banyak sangat. Kalau dulu dia tak peduli sangat pun kalau aku merajuk. Dia biar aku berhari-hari. Sekarang tak macam tu dah. Dia on the spot je pujuk aku. Lagipun aku ni bukanlah selalu merajuk kalau takde sebab. Apa yang manisnya.. kami bermula dengan biasa-biasa.Tapi bila dia dah buat 'mistake'.. lepas tu barulah hubungan kami berjalan dengan baik. Sikap dan layanan tu betul-betul berubah. Kiranya kalau buat carta tu.. tahap layanan dia pada aku tu menaik..menaik dan menaiklah.Nak-nak lagi bila nak bertunang ni. Alhamdulillah.
Dalam perhubungan ni kita kena bersederhana pada aku. Jangan melebih-lebih. Sayang jangan beria-ia sangat. Bersederhana tu penting. Kalau nak menayang kat orang tu tak perlu sangatlah kot. Bukan semua orang berlapang hati nak tengok 'aksi' mesra kita ber i lebiu bagai. Cukuplah antara kita dan dia je. Benda tu annoying bg sesetengah orang. Kita tak tau apa yang terdetik dalam hati orang yang melihat kita. Kadang tanpa orang-orang tu sedar.. mereka mendoakan ketidak baikan untuk kita. Ini memang terjadi. Macam kita duk ber ai lebiu kat fb.. orang tengok.. then terdetik dalam hati orang tu.. 'eleh dorang ni.. macam dorang je bercinta. Baru-baru memanglah sweet. Tunggu lama sikit sure bergaduh punya'. Haa. itu doa tanpa orang tu sendiri sedar. Itu namanya penyakit ain/penyakit hati.(Boleh google kalau nak lebih faham apa itu penyakit ain). Dalam dunia ni bukan semua orang berlapang hati tumpang bahagia tengok orang lain bahagia. Kadang tu orang tunggu je nak tengok bila masa kita nak berkelahi. Siap cakap pulak.. 'kan dah kata.. tak lama mananyalah dorang ni.' Oleh yang demikian..Kita ni kena berpada-pada kot ye pun nak bagi tahu kat dunia yang kita ni bahagia. Reserve sikit.
 
Life is full of surprises.

Tuesday, October 30, 2012

You're my heart. You're my soul.

Bismillahhirrahmanirahim. Ku takde rasa nak berkata-kata. Tapi teringin meng'update blog. Buat kerja pun malas ni. Sebab kerja bertimbun. Kira tanda protes lah ni. :P Takde modal nak cerita apa.. Ku upload gambar je lah. Dah lama tak bubuh gambar. (;










 
 Gambaq kat ataih ni semua di snap di Pulau Redang yang superb mabeles. Cheq pi masa bulan September hari tu. Memanglah indah ciptaan Yang Maha Esa. Cheq memang suka pi berjalan ke tempat yang berpulau. Cheq tak suka pergi makan angin kat tempat yg bertujuan membeli belah. Contoh macam pi bandung ka.. Vietnam ka.. Oh kamon. Itu bukan makan hangin namanya. Itu bikin naik hangin sebab lepaih balik makan hangin dah pokai. Penat pon penat. Ye dak? So far yang cheq da pi kat malaysia ni.. ada 3 pulau. Langkawi,Perhentian dan Redang. Langkawi biasa-biasa je. Hehe. Not so really pulau. Tapi Perhentian dgn Redang.. thumbs up! Boleh jadi tempat bulan madu. Fasha Sandha pun pilih redang sebagai tempat bulan madu dia tau. Eh? Yang seronok pergi pulau ni.. Sebab boleh buat aktiviti snorkeling. Memang terbaik. At first memanglah takot. Nak-nak lagi bagi orang hat tak tau berenang macam cheq ni. Tapi.. once kita da tengok apa 'isi' laut tu..rasa takot terus lupa. Subhanallah. Macam berada di dunia yang lain. (':
 

 Ni dia Masjid Kristal Terengganu. Cantik baq hang.
 
 Caption : Choose the right path.
 
Tengoklah ni. Gambar candid Kak Mah yang gila ambik gambaq. Kan Kak Mah dah kata.. Passion! 
 
Till we meet again. Eh?

Thursday, October 18, 2012

Bonda.

Hari ni angah rasa rindu sangat dengan Mak. Bergenang air mata bila teringat kat Mak.

Monday, October 15, 2012

One Step Closer.

Bismillahhirahmanirrahim. Semalam ahad, aku dan dia keluar bersama untuk kali kedua. Berdebar still berdebar. Tah pape je kan. Kami bukan keluar sesaje. Keluar tu untuk pergi beli kain baju nikah untuk dibuat sebagai salah satu hantaran bertunang nanti. ;)
Kami pergi naik train je. Senang sikit. Dan.. tercapailah jugak impian aku masa dolu-dolu nak naik train ngan pak-we satu masa nanti. :P Kami sama-sama malu-malu kucing macam 1st time jumpa aritu. Memang kalau orang tengok orang mesti terfikir kami ni baru berkenalan. Memula je. Biasalah. Enjin lambat panas. Haha. Then.. Lepas turun je tren sampai Masjid Jamek dah mula okay dan selesa.
Kami takde kona-kona. Point nya nak pergi cari kain untuk baju nikah..Memang terus je lah menuju ke tempat yang dituju. Pilihan utamanya nak pergi Jakel. So berjalan kaki sembang-sembang sampai ke Jakel. Takdenyelah nak singgah-singgah window shopping kat area Masjid Jamek tu.
Semalam adalah hari yang happy buat aku. Mayb sebab lama sikit spend masa compare dengan first met aritu. So nampaklah sikap kelakar dan loyar buruk dia yang macam selalu bila borak dalam telefon. Kalau tidak.. aku dok rasa dia ni macam malu bebenor. Caring pun boleh tahan ni. :P Bayangkan.. masa duk jalan-jalan menuju ke Jakel tu. Time lalu kat kaki lama, ada lah air duk menitik-nitik dari atas. Dia yang jalan di hadapan siap pusing belakang habaq.. 'leklok air tu'. (kononnya takot aku tergelincir) Hue hue hue. Habis suwitt dah pada aku. Pastu dok remind 2 3 kali.. Suruh galas bag leklok takot kena ragut ke ape. Ye lah. Maybe sebab tengah bercinta. Dah kawen sok tengok macam mana pulak kan? Tapi takpe. For a time being.. just enjoy all those sweet moments.
Sampai kat Jakel kami masuk je. Staff-staff kat situ tanya nak cari apa? Untuk wedding ye? (Macam tahu-tahu pulak). Dorang terus tunjuk sebelah atas. Fabric untuk wedding  dekat tinggat 3. So setiap kali sampai satu tingkat.. ada je yang cakap.. 'untuk wedding ye? naik atas lagi.' :P Ada sekali tu.. dia siap loyar buruk. Dia cakap.. 'kami dah kawen. nak cari baju untuk raya haji.' Haha.
Dah sampai dekat department yang jual fabrik untuk wedding teruslah ada staff serve. Dah memang itu kejanya kan. Dorang pun tanya nak cari color apa. Aku dengan dia macam terpinga-pinga jugak. Malam sebelum keluar tu.. aku ada tanya dia nak warna apa. Then dia kata apa-apa pun boleh. Tapi kalau boleh taknak putih. Erkkk. Putih tu lah sebenarnya idaman aku. Memang suka nak pakai baju serba putih. Then tanya dia nak warna apa actually. Dia kata ala-ala gold. *Gittew. So kitorang pon tengok-tengoklah sambil di serve staff kat situ. Sempat lagi dia cakap sesuatu kat aku masa dok tengah tengok-tengok tu. 'Berdebar pulak rasa. Macam dah nak kawen'. Hahaha. Baru dia tahu.
Pada pengamatan aku.. dia ni memanglah suka dengan warna terang. Berbeza dengan aku. Aku suka warna gelap takpun warna-warna pastel. Memang niat ni nak pakai putih. Kalau boleh nikah dengan sanding pun nak warna putih.Lol.Walaupun kita dah kata nak cari gold.. mata aku ni.. tetaplah menangkap warna putih. Dia pun takdelah mandatori kata tak boleh putih. Ikotlah katanya. Tapi pada aku.. tak fair lah kalau nak ikot suka hati aku je.Nak kawen sama-sama. So biarlah sama-sama puas hati.
Tah macam mana staff jakel tu boleh bawak keluar kain warna kuning.Omak ai. Memang bukan kuning yang terang benderang tu. Cantik memang cantik. Tapi aku tak berkenan nak pakai warna terang untuk majlis akad nikah.Oh tidak. Kalau gold boleh dipertimbangkan. Tetapi tidak warna yang menyerlah seperti ittew. Staff jakel tu siap fitting lagi kat badan aku. Dililit sampai nampak real aku tengah pakai baju kurung moden. Bila dah jadi baju memanglah cantik sangat..Dia ni pun siap kata okay-okay. Nampak cantik. Aku sengeh-sengeh macam kerang busuk. Sambil dalam hati kata.. 'tolonglah jangan proceed this colour'. Then dia tanya aku. Okay ke tak? Macam aku katalah.. dia bukan jenis Vetto. Pastu dia pandang 3 4 customer yg ada kat situ. Boleh kata majoriti dok tengok kain warna pink. Then dia tanya aku.. nape sume orang suka pink? Then aku pon macam pandai jawab.. 'Pink kan soft. Selalu untuk nikah orang suka guna warna soft'. Nampak tak? nampak tak? Kak Mah menyelam sambil minum air. Dia pun macam setuju. Terus suruh tengok warna lain. Hehe. Kesudahannya.. kami pilih kain dan warna which is both of us suka dengan pilihan tu. Satisfied orang kata.(Yang pasti bukan putih lah.)
 
 
Syukur pada Illahi yang mendengar setiap doaku.
p/s : Rasa tak sabar.Eh? ((;

Tuesday, October 9, 2012

Step by step.


Sekarang ni peratusan persiapan untuk majlis mengikat hanyalah 30%. 30% ni termasuk gubahan untuk hantaran, booking untuk make up dan juga dah ada tailor untuk tempah baju. ITU JE. Door gift da ada idea nak bagi apa. Sekarang still survey yang mana paling murah. Ku nak bagi satu item je. Simple dah la kot. Bukan majlis perkahwinan pun. :D
Weekend ni InsyaAllah, kami akan pergi cari kain baju nikah untuk hantaran. Ingat nak cari tudung sekali kat jalan TAR.
Mini pelamin. Hat ni lah yang paling susah nak buat decision. Sampai rasa tak payahlah buat. Tapi setelah ditanya..dibincang-buncangkan dengan kengkawan..rasanya ku nak buat jugak. Buat sendiri. Idea tu memang dah ada. Cuma yang buat jadi 'teragak-agak' tu sebab takut tak cukup masa nak cari bahan dan terkadang rasa macam leceh je. Kalau ikotkan.. design yang ku nak tu simple je. Jangan kalut-kalut.. Mesti boleh jadi punya. InsyaAllah. (;
 
 
Inilah dia hasil lakaran mini pelamin ku. Memang BUKAN diriku lah yang sketch. Kalau ku yang sketch ala-ala cakar ayam je.

Friday, September 21, 2012

Bersiap sedia.

Salam Jumaat. Sekarang ni ku dok sibuk buat survey itu ini. Yelah kan. Nak buat majlis. So kena lah survey. Kalau duit berkepuk-kepuk takpe. Boleh upah je orang tolong uruskan semua. Kita bayor je. Ye dak? In your dreams lah cik temah! Memandangkan kita ni biasa-biasa je.. kita buat je cara biasa-biasa. Maknanya.. Do It Yourself lah.

Kalau boleh ku nak buat simple-simple je. Taknaklah beria-ia. Dah umur pun macam ni..nak beria ape nye. Erk? Lagipun boleh jimat bajet. Nak ikot-ikot orang buat ape. Deme banyak duit..takpelah kan.

Kain untuk baju tunang dah beli 3 minggu lepas lagi. Tinggal nak tempah je ni. Still tak hantar pergi kat tailor. Haritu try tanya ada satu 'Mak Andam' ni..(search dlm fb), tanya upah jahit baju tunang berapa.. dia kata RM350 tak masuk bead. Amboi. agak-agaklah kot. Awat mahai bebeno. -,- Bukan nak buat pattern susah-susah pun. Kurung moden jee pun. Humm. Tapi takpe.. bab baju ni dah kira settle lah sbb kawan ku kata..hantar je kat tailor yang dia hantar baju kahwin dia dulu. Cuma tak tau nak perginya bila.

Ku ingat nak buat 'mini pelamin' sendiri. Alaa. actually bukanlah pelamin sangat.. just satu sudut untuk upacara menyarung cincin. Taknak lah sarung cincin dalam bilik. Buat kat luar senang.. semua orang boleh tengok. Erk? Idea dah dapat sikit-sikit.Search sana sini. Amik idea sane sikit.. sini sikit.. Okaylah kot. Nanti nak pergi jalan-jalan survey barang pulak.

Gubahan Hantaran.. ku mintak tolong kakak sedara buatkan. Sebab dulu.. dia pernah kata.. nanti sampai turn ku nanti.. kalau nak mintak tolong dia buatkan hantaran bagi tahu jee. Actually pada asalnya nak mintak tolong kawan opis lama buatkan.. tapi memandangkan dia baru dapat baby.. rasa taknak menyusahkan dia. Lagipun dia bekerja. Kakak sedara ku fulltime housewife. Senang sikit kot. Tema untuk gubahan hantaran dah ada dalam kepala. So senang je. Takdelah dalam dilema ke ape ke untuk make decision. Ku ni simple je sebenarnya. Senang je nak make decision. Sebab tak suka benda yang complicated.

Actually ku ada buat list untuk keperluan majlis nanti. Memang perlu rasanya buat list ni. Teratur sikit. Itupun kawan yang ajor. Nak save dalam otak je.. mmg tak boleh. Alhamdulillah. Sebab ku ada kawan-kawan yang baik. Deme pun ada tolong survey dan tolong bagi opinion. (:

Tak ramai sebenarnya yang tahu perihal ku nak bertunang ni. Kalau boleh taknak heboh. Setakat yang rapat-rapat je yang tahu memadailah. Dalam agama pun ada kata.. lebih afdhal dirahsiakan. Tapi kalau tersebar jugak ceritanya nanti..tak dapeklah nak nolong.

Inilah serba sedikit cerita tentang persiapan majlis mengikat ku. Ku harap segalanya berjalan dengan lancar. Moga DIA permudahkan segala urusan kami. InsyaAllah. (:


Note : Roland bukan nama beliau. Roland adalah keyboard kesayangan beliau yakni ROLAND JUNO.



Tuesday, September 18, 2012

29 Syawal 1433 - 16 September 2012.

Alhamdulillah. Seperti yang diperkatakan.. Weekend hari tu dia telah pun datang mengadap kedua orang tua ku. Syukur. Segalanya berjalan dengan baik. Mak Ayah dan seisi keluarga amat menyenangi kehadiran beliau. *Bahasa Melayu sangat.

Aku punya excited berdebor pada hari kejadian bukan kepalang. Lebih beria dari nak sambut raya. Menyapu.. kemas rumah.. keluarkan pinggan mangkuk apa bagai. Serious said.. memang semangat luar biasa. :D Itu aku.. dia pulak toksah katalah. Dari hari sebelum tu tak senang duduk. Neves lah katakan. Actually.. dia paling cuak nak mengadap ayah sbb aku selalu kata kat dia, ayah aku ni GARANG. Ngeh.ngeh.ngeh. Malam sebelum tu..siap tanya.. mood ayah aku okay ke tidak. ((;

Sebenarnya.. Mak Ayah dan adik beradik aku semua gembira nak tunggu kedatangan dia. Semua orang macam tak sabar nak tunggu dia sampai on that day. Even ayah aku pun. Kononnya muka control garang.. macam takde pape pun. Walhal.. kata mak, masa hari sabtu.. pagi-pagi buta.. ayah amik penyapu, sapu siling bagai. ((;

Hari ahad.. pagi-pagi mak ayah dah pergi pasar. Beli barang untuk masak tengahari nanti untuk 'bakal menantu' mereka. Aku siap kemas rumah tukar alas meja bagai..*mmg semangat macam nak raya. Mak ayah balik je dari pasar.. aku dan emak dah sibuk-sibuk kat dapur. Malam sebelum tu.. aku dah bagi tau kat mak.. menu apa nak masak. Aku nak buat ayam masak lemak cili api dan daging masak kicap black paper(ini memang peveret dia). Mak tolong buat ayam berempah dengan sambal belacan. Yang lain-lain semua aku yang masak. Semangat nak bagi dia rasa masakan dari air tangan aku sendiri. :P

Sambil aku masak.. sambil tu dia call tanya jalan. Habis masak aku pun bersiap-siap mandi ape semua. Kan aku dah kata.. aku teruja. :P Dalam pukul 12 macam tu..dia pun sampai rumah. Masa ni.. aku punya jantung dia punya berdegup takleh cakaplah. Seisi rumah penuh dengan rasa teruja. :D


Sesi perbincangan tarikh untuk mengikat antara bakal menantu dan bapak mertua. Ayah siap ambik kalendar tau. :P

Kak Mah yang tersangatlah neves n shy-shy cat on that day. (": *Mujur ada mamarazi yg tlg snap photo di hari kejadian.

NOTA HATI : Syukran kerana Ayah dan Emak merestui. Semua suka dengan beliau. (:

Thursday, August 30, 2012

29 Ogos 2012. Finally - Senyum 2 hari 2 malam.

Syukur ke hadrat Illahi. Atas izin-Nya.. Setelah 8 ke 9 tahun, akhirnya bertemu juga aku dan dia. This is so really Cinta Luar Biasa bagi aku. Benda yang aku pasti dan yakin akan berlaku SINCE dulu lagi..telah menjadi kenyataan semalam. Tiada siapa yang tahu akan rahsia Allah. Segala dah tertulis..bila, dimana dan ketikanya. Allah menggerakkan hati aku dan aku hanya mengikutnya. Alhamdulillah. "Put your trust in HIM, Raise your hands and pray"- Maher Zain.
Hari isnin kemarin dia cakap nak jumpa aku terlebih dahulu sebelum jumpa orang tua aku, supaya kami tak gugup sangat n boleh la nak bincang dengan lebih proper hal bertunang. Mula-mula aku ingat dia nak tunda jugak masa untuk jumpa memandangkan hari selasa dah dapat tahu 'program' jumaat ni cancel. Rupanya tak..dia still ajak berjumpa. Masa dia kata nak jumpa aritu..aku dah berdebar tapi duk rasa yok'oo je dia ni. But then..dia memang serius nak jumpa. Siap kata.. kalau tak selesa aku boleh bawak sekali housmate aku yang dorang. Bila dengar je macam tu.. ape lagi. Berbunga-bungalah taman dalam hati ni.*Ecewah.
So semalam seperti yang dirancang.. Lepas waktu kerja aku dengan housemates aku pun geraklah menuju ke destinasi. Jusco Balakong jee. Thehee. Sampai-sampai dah masuk waktu maghrib.Bagi tau dia dah sampai.. kitorang gi solat dulu. Aii..masa ni jangan tanyalah apa perasaan aku. TAK KERUAN senang cakap. Hehe. Lepas solat memang doa macam-macam. Aku tak konfiden dengan diri sebenarnya. Nak lagi dah gemok ni. Takot je dia terkejut tengok. Walaupun sebelum-sebelum ni dia kata.. semua tu tak effect apa-apa pada dia..sbb dia terima aku apa adanya.
Ngam-ngam aku abes solat..telefon bunyi. Perghh. Menjadi-jadi dia punya berdebor. Rasa nak berdiri pun tak boleh. *lebih-lebih je. Dah siap-siap.. aku n kawan-kawan pun keluar dari surau. Kawan-kawan pon boleh tahan..jam-jam tu jugak kata nak hantar telekung dekat kereta. Sebenarnya nak bagi line. Masa ni aku pun dah tak tau ape sebenarnya perasaan aku. Berdebar jangan cakaplah..walaupun dah kenal muka..dah boleh agak fizikal dia macam mana, berdebar tetap berdebar. Jap-jap nak betul tudung. Memang gelabah ayam betul rasanya. Then dia call tanya aku tunggu dia kat mana. Bla..bla..bla.. Tiba saat yang dinanti dia call n tanya lagi aku kat mana..then dia kata.. dia dah nampak aku. Mana boleh jadi.. dia nmpak aku,aku tak nampak dia lagi..... Aku pusing belakang.. NAH! hambik kau.. dia berjalan dengan senyuman menuju arah aku. Macam drama dah aku rasa. Hehehe.
Memang rasa mcm baru berkenalan. Macam tengah jumpa orang lain. Suara dalam fon dengan live kadang tu kan lain sikit. Macam tu lah aku dengar suara dia masa dia tegur aku. Takdelah garau sangat macam dalam fon. Soft sikit. Aku selalu bayangkan air muka dia macam serius-serius. Tapi sebenarnya tak. Air muka dia lembut. Senang cakap.. COMEL. *Lebih-lebih dah ni.
Actually.. bukan aku je yang gementar dan malu.Dia pun sama. Memang betullah dia kata..dia segan sikit dengan perempuan. Dalam fon je cakap gebang. Depan-depan nak pandang muka aku pun dia segan.Hehee. Disebabkan dia malu-malu gugup aku jadi tak segan sangat. Kesimpulannya..okaylah.Syukur sangat. Dia hormat diri dan 'cara' aku tang yang tu..aku puji dan salute. Itu je aku boleh kata. Oh ye lupa. Kami makan berdua je se table. Kawan-kawan aku tu paksa-paksa pun tak mau join. Depa duk table lain.


Randomly duduk. Dan dia pilih duduk meja ni. Dah duduk baru aku nampak nombor table adalah nombor favourite aku.


Mesti orang ingat aku yang tak habis makan. No no. Dia yang tak habis makan. Heehee.


Masa ni lepas makan. Masing-masing dah rasa comfirt. Aku as usually..suka nak snap-snap. And The best thing is.. dia okay . Sporting lah. *orang kurus je tp kaki macam gajah.


KAMI. Masa ni nak balik dah. Kawan lah tolong snap. Malu-malu nak amik gambar sama. :P

Wednesday, August 29, 2012

Nervous.

Sepatutnya weekend ni dia datang berjumpa, berkenalan, menyampaikan hajatnya pada orang tua ku. Tapi dek kerana mak ayah ku pulak yang ada urusan lain.. Makanya terbantutlah niat dihati kami untuk kenal memperkenal menyata hajat. Ku ni pulak tengah mood swing-swing. Biasalah hormon tak stabil. Makanya memang cembenglah jadinya. Siap menangis sebab weekend ni tak jadi. Entah pape nak nangis. Walhal menda tu postpone.. bukan cancel. -,-'
Menangis bukan sebab apa..sebab menda tu ku dapat tau tak jadi.. last minute. Dah plan baik punyee. Nak jumpa minggu depan.. ku pulak yang ada hal. Minggu-minggu seterusnya..dia pulak ada class. Itu yang sodih tu. Actually tarikh nak ikat tu dah hampir pasti..cuma tu lah.. Dia kena datang jumpa dan bincang dengan mak ayah. InsyaAllah ada jalan. Moga Allah permudahkan segalanya. Amiin.
Dia ni.. 2 3 hari ni kemaen. Bila time call.. "Assalamualaikum.. Tunang buat apa?" Ewah.ewah. Berderau darah dengar 'title' tu. *grin* Semacam tau dia punya perasaan tu. Hehe. Kalau kawan-kawan tau mesti kena bahan. Orang dah lama dulu rasa macam tu.. kau baru nak rasa? Erk.
Apapun.. Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Hanya DIA yang Maha Mengetahui. Kita merancang. DIA lah yang menentukan segalanya. Sesungguhnya perancangan buat kita cukup sempurna.

Sebenarnya saya NERVOUS untuk hari ini.

Monday, August 27, 2012

Ke mana pergi mu?

Setelah seminggu bercuti.. hari ni malas bebenor nak buat kerja. Tah ke mana hilangnya mood bekerja. Humm. Tadi masa drive dari kampung.. mmg ada rasa nak E/L. Halfday pun jadilah. Heheehe. Tapi mengenangkan..minggu depan ada apply cuti lagi.. ku cancel kan balik hajat itu.
Raya kali ni okaylah. Seronok. Tapi ada yang tak seronoknya. Handbag kena curik di pagi raya pertama. Memang sodih. Segala macam dokumen penting, kunci rumah, kunci drawer opis, ubat-ubatan, pen drive(macam poket doraemon) dan cash money jugak angpau semua lesap. Terus jadi kedana. Mujurnya.. handset tak dicurik sekali. Sbb handset mmg aku letak dalam beg kecil.Beg tu je semata aku bawak turun. Nak sodih lobih-lobih pun buat apa. Benda dah jadi. Siapa suruh tinggalkan handbag tu dalam kereta. Bak kata polis yang amik report tu.. 'kira sedekah lah tu.'
Macam PATI lah rasa 3 4 hari tu. Nak buat macam mana. Hari rabu barulah JPN semua beroperasi. Sekarang..IC dgn lesen dah settle. Yang belum settle Kad Bank. Sebab.. orang bank kata.. nak kena ada surat beranak. Macam-macam betul. Nak dijadikan cerita.. surat beranak aku ada dalam drawer kat opis ni. Kunci dah hilang! Camno tu? Disebabkan dah kedana terpaksa lah pinjam duit dengan mak n adik sikit. Nak buat isi minyak dan bayaran buat ic ape sume. Duit raya memang takde bagi pun. Tak sompek nak hulur dah lesap. Ni balik kang.. nak kena kopak pintu bilik. Sebab kunci bilik aku takde duplicate. Humphh. Takpelah. kecik je dugaan ni. Allah tarik sikit sekarang.. mungkin DIA nak bagi lebih kemudian hari. Bersangka baik lebih melapangkan hati.

Nota Hati : Hujung minggu. InsyaAllah.

Monday, August 13, 2012

Rezeki.

Semalam pagi.. pergi ke Shah Alam dengan niat nak tolong kawan aku punya makcik meniaga kat pasar pagi dekat stadium s.alam tu. Ni dah tahun kedua aku pegi tolong. Actually saja-saja nak menolong.Seronok entertain orang. Makcik kawan aku ni dia jual baju kurung cotton dah siap jahit. Boleh tahan laku lah. Untung aku rasa meniaga baju ni. Nak-nak lagi sekarang trend. Semua orang nak pakai cotton. Ye tak? Hehe. Makcik kawan aku kata.. aku pandai serve orang. Boleh lah sikit-sikit. Apa gunanya kerja kedai gambar 4 5 tahun kalau tak pandai serve customer. :D
Actually inspired jugak. Aku ni dari tahun lepas keinginan meniaga tu dah ada. Cuma tak gerak je lagi. InsyaAllah.. 1 fine day. Ecewah. Tapi serius.. mmg terasa nak meniaga. Nak membaiki taraf hidup orang kata.Kalau makan gaji ni.. duit makan pakai tu..cukup-cukup je.Nak senang tu tak lah kot. Nak-nak lagi orang yang hanya ada sijil macam aku ni haa. Mudah-mudahan berjalanlah hendaknya niat hati ni. InsyaAllah.


P/S : Sedondonlah kita tahun ni.

Wednesday, August 8, 2012

Rahmat Illahi.

Dah 19 hari rupanya kita berpuasa. Syukur kerana masih diberi peluang untuk menikmati keberkatan bulan ramadhan ni. Kini kita bakal menghadapi sepuluh ramadhan terakhir. Aku baru je baca artikel tentang '10 Ramadhan terakhir'. 10 Ramadhan terakhir ni..kita perlu memaksimumkan ibadah kita pada Allah. Berdoa pada Allah, mintak dengan Allah moga
dihapuskan dosa-dosa kita. Semoga diteguhkan iman kita untuk terus ibadah. InsyaAllah.

Aishah, ra dengan dia, berkata: Aku pernah bertanya Rasulullah saw: ‘Wahai Rasulullah, jika aku tahu bila malam adalah malam Qadar, apakah yang perlu aku katakan semasa doa?’ Baginda berkata: “Katakanlah: Wahai Allah, Engkau adalah Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkan aku. “(Ahmad, Ibn Majah, dan Tirmidzi).

Thats it. Kalau nak tahu banyak lagi tentang '10 Ramadhan Terakhir' ni.. rajin-rajinlah meng'google. :D So far puasa kali ni.. aku jarang pergi bazaar. Boleh kira berapa kali je. Kalau
pergi pun.. beli 1 jenis makanan je. Lepas tu balik. Sebab aku rasa.. makan je lah macam biasa. Macam kita makan time hari tak puasa. Kalau makan nasik.. makan je nasik tu. Takde pulak siap dengan kuihlah..buburlah..air 2 3 jenis lah.. takde pulak kan? Membazir je nak membeli macam-macam lepas tu makan sampai rasa nak muntah balik. :D


Persiapan raya pun biasa-biasa je. Belikan baju sepasang untuk mak,ayah dan adik-adik. Untuk diri sendiri pun sepasang je. Tema tahun ni merah/pink. First time keluarga aku nak pakai baju ikot warna tema ni. Selalunya lain-lain. Mak ayah samalah. Kami adik beradik ni.. lain-lain. Almaklumlah..citarasa berbeza. Hehe. Actually.. aku sebenarnya dalam debar. Macam manalah agaknya raya ni nanti. Hue. hue. hue. Debar dengan Ogos dan seronok dengan september! :D Semoga segalanya berjalan dengan baik. Amiin.


18 Ramadhan. Langit kembali Indah. Seolah hamparan gula kapas. Subhanallah.

Tuesday, July 3, 2012

Jiwa.

Sekarang ni memang lagi ketagih nak snap gambar. Apa saja yang menarik di mata, aku akan snap. Ber Instagram aje lah keja aku. Itu antara cara aku nak ekspresikan perasaan aku. Main-main dengan gambar boleh bikin hati happy. Passion! Nak bercerita dekat blog ni macam dah tak berapa pandai. Lagipun.. masa tu terhad. Kalau nak cakap apa-apa..aku prefer monolog sorang-sorang dalam twitter. Tak payah orang nak komen-komen. Tweet 5 minit sekali pun takdek sape pedulik. Ni nak share sikit gambar-gambar yang aku snap sana sini.


Gambar ni aku snap jumaat lepas. Location tepi giant Putra Height. Aku memang pantang tgk matahari waktu senja. Asal nampak menarik je port tu.. aku snap sajo. Pedulik lah orang nak kata apa.

Sunset yang ini..Sangat epic bagi aku. Masa ni.. matahari tu bulat penuh berwarna oren. Subhanallah.. dia punya cantik.. Kelu lidah. Snap dari tangga umah aku je. Agak laju lah matahari ni terbenam.

Yang ni pun snap dari tempat parking rumah aku. Turun-turun kereta nampak langit ni cantik Spot menarik. Snap sajo.

Ini perangai namanya. Kalau sampai masa otak lepu dengan kerja.. mulalah nak buat bukan-bukan. Selongkar bekas pen, jumpa pensil-pensil yang diambil dari ikea.

Hat ni snap dari tingkap opis. Kalau hari hujan.. paham-pahamlah dia punya feeling. So high! Feeling-feeling korean gittew.

***
Gambar-gambar yang kat bawah ni.. Aku snap masa ikut kawan aku balik kampung dia dekat taiping weekend hari tu. Taiping is really awesome. Kampung kawan aku Ijok,Taiping lagi super awesome!

Orang sana panggil pondok kecil ni 'DANGA'. Pondok ni orang guna masa musim durian. Nak tunggu dan jaga buah yang gugur. Cool kan!

Ni sungai belakang rumah kawan aku. Syiokk wo sungai belakang rumah. Terjun terus yaw!

Taman Tasik Taiping.Tempat wajib singgah bila ke Taiping. Sangat kagum tengok pokok-pokok tua yang ada kat tasik ni. Epic!

Hijau. Sojuk hati dan mata memandang.

Nyoq muda Nyoq muda. Hat mana beh?

Im in love with it.

Monday, July 2, 2012

Tutup atau balut.

Keyword aku hari ini 'perbaiki diri'. Dalam hidup ni janganlah pernah merasa yang diri kita ni bagus sangat. baik sangat. elok sangat. Dalam erti kata lain.. Jangan takbur. Allah benci orang bangga diri. Dalam usia yang nak mencecah 30 an ni.. Aku rasa,aku perlu lagi dan lagi dan lagi untuk memperbaiki diri. Terutamanya dari segi agama.
Kadang-kadang kita ni manusia.. di mulut je kata cintakan Allah. Zahirnya saja tapi tidak secara lahiriah. Kita cintakan Allah.. tapi kita tak ikut perintah Allah. Hinggakan yang Allah kata haram kita halalkan secara kita tak sedar. Aku sedih. sedih kerana masih kurang dalam banyak segi..dalam banyak perkara. InsyaAllah.. dengan petunjuk dari-Nya aku harap aku akan terus dipimpin ke jalan yang lurus, jalan menuju jannah-Nya.
'Wanita bertudung tak semestinya solehah. Tetapi wanita solehah dah semestinya bertudung.' Bertudung sahaja.. tak menjadikan kita ni baik.TIDAK SAMA SEKALI. Ada sesetengah orang rasa.. bila dia bertudung, dah cukup syarat dah menutup aurat tu. Salah tu. Menutup aurat itu.. lebih dari berhijab semata. Yang ini lah yang sedang aku latih pada diri aku saat ini. Since last year lagi aku dah mula pandang serius tentang isu TUTUP AURAT ni.
Kadang-kadang aku terfikir.. Inilah mungkin hikmahnya aku jadi gemok. Since aku gemok ni.. No more legging jeans. Malu dah nak pakai jeans fit ikot kaki. Lebih selesa pakai khakis. Nak pakai t-shirt biasa pun aku dah segan..Yelah.. badan dah gemok. Dulu masa kurus.. T'shirt lah paling selesa nak pakai. Sekarang tidak lagi. Kalau pakai pun.. aku pakai t'shirt yg unisex. Saiz besar punya. Jeans pon pakai yang loose je. Dulu aku kesah dan takut orang kata aku dress up macam makcik-makcik. Sekarang tidak lagi. Janji aku tutup aurat aku. Bukan BALUT aurat. Pandangan Allah pada kita jauh lebih penting dari pandangan seorang manusia pada kita. Indeed. Biar tak cantik di mata manusia asalkan cantik di pandangan Allah.
Dalam beribadat ni.. apa yang paling penting.. ISTIQAMAH. Biar kecil dan sedikit-sedikit changes tu.. janji kita istiqamah. Maksud Istaqamah dalam erti yang ringkas ialah 'berpendirian teguh atas jalan yang lurus.' Kalau dulu..pada aku, yang paaaaling kena aku jaga..'rambut' aku. Aku jaga ia dari pandangan lelaki bukan muhrim aku. Alhamdulillah..aku istiqamah dalam urusan yang satu itu. Tapi.. kini aku sedar.. Aurat bukan sekadar selindung rambut semata. Its more than that.
Sekarang aku mengelak dari memakai pakaian yang menampakkan bentuk tubuh badan. Baju lebih dari paras punggung. No more seluar yang terlalu mengikut kaki. Pakai hijab labuh menutupi paras dada. Alhamdulillah. Dah selesa sangat begitu. Kalau pakai tudung jenis syria memang tak boleh dah. Rasa macam tak bertudung jugak. Kalau pakai bawal aku letak pin je kat tengah-tengah. Kalau rasa nak bergaya sikit.. aku ubah suai lah cara pakai tarik sana sini sikit janji labuh tutup dada. Inner neck tu dah macam wajib pakai terutamanya bila pakai tudung bawal ataupun shawl-shawl yg nipis.
Hmm. Banyak lagi yang ingin dan perlu diperbaiki. InsyaAllah. Pedulilah orang nak kata aku nampak extra besar pakai baju gelebeh-gelebeh, pakai tudung labuh tak update macam Yuna. PEDULILAH dengan semua tu. Eh. Nak cakap satu.. Yuna bukanlah orang yang sesuai untuk dijadikan icon fesyen muslimah. Kenapa? apa sebab? Tak perlu lah dinyatakan.
Harapnya.. bila aku dah jadi isteri orang nanti.. Aku jadi isteri yang tak membebankan suami, yakni beban menanggung dosa aku. Jadi.. aku akan berusaha menjaga apa yang mampu aku jaga. Perbaiki..apa yang mampu aku perbaiki. Buat masa sekarang ni.. aku cuba tak membebankan ayah aku. Selagi aku belum berkahwin ayahlah yang dipertanggungjawabkan untuk menanggung aku. Beratkan? Itulah yang kadang-kadang kita tak sedar. Kita kata.. kita sayang ayah kita.. tapi bila kita buat dosa.. kita tak ingat pun ayah kita yg turut sama menanggung dosa kita. Kita sayang suami kita.. tapi kita tak sedar pun yang kita ni dah bagi dia beban menanggung sama dosa kita. Kesian mereka. Jadi.. matlamat aku sekarang ni.. perbaiki diri untuk jadi hamba Allah yang lebih baik dimata-NYA. (:

Nota kaki : Aku suka pakai jubah. Ia buat rasa selesa dan selamat.

Sunday, June 24, 2012

Masa.

Berada di opis jam 1 petang di hari ahad bukanlah sesuatu yang seronok. Letih kot. Dah 2 minggu hari-hari balik malam. Weekend pun kena kerja. Hummm.
Tapi.. kalau cuti pun bukan buat apa sangat tengah-tengah bulan macam ni. Melanguk kat rumah je lah aku. Takpun tengok tv,tengok movie,tengok utube,main pesbuk & main game sampailah ke malam. Bekerja lebih masa..duit pun lebih.Tapi tu lah nyaaaa. PENAT.


Bosan kan nampak? Begitulah perasaan aku saat ini.


Wednesday, June 13, 2012

Tunggu.


Bismillahirrahmanirrahim.

Hummm. Sebenarnya.. dok rasa takmau lah tulis kat blog ni. Takut tak jadi dan takut orang tau. Takmaulah kecoh-kecoh sangat sebab tak suka nak dengar kata-kata yang mungkin menyakitkan hati.Tapi bila fikir-fikir balik..takde salahnya pun nak cerita kat sini. Ini 'ruang' aku. Dan 'ruang' ni hanya diketahui oleh orang-orang yang hampir dalam hidup aku. At least kemudian hari nanti bila aku baca..boleh mengingatkan aku detik-detik menuju ke destinasi. *ehem.ehem.
Segalanya dalam perancangan(mengikat). Tarikh dan masanya.. belum diputuskan lagi. Itu akan dibincangkan disaat dia bertemu kedua orang tua aku, raya nanti.InsyaAllah. Pertemuan pertama yaw.*angkat-angkat kening. Biarlah pertemuan pertama kami disaksikan keluarga. Secara jujurnya..aku tak pernah pun rasa penantian ni sesuatu yang membebankan aku. Aku percaya dengan takdir. Aku yakin dengan ketentuan Allah. Lambat atau cepatnya jodoh aku semua kerja Allah. Pastilah ada hikmahnya disebalik tiap yang berlaku.Kan?

Hampir sembilan tahun menanti. Apa lah sangat setahun lagi.InsyaAllah. Bagi aku... Berkahwin ataupun bujang, Lambat ataupun cepat bukanlah penentu bahagia mahupun tidak hidupnya seseorang. Pokok pangkalnya ialah betapa redhanya kita sebagai hamba menerima setiap apa yang Allah dah aturkan dalam hidup kita. Semoga dipermudahkan urusan. Aku percaya dengan perancangan Allah. Sesungguhnya DIA lah yang mengetahui.

Note : Dok sibuk cari kain buat baju. Ececece. :P

Thursday, May 31, 2012

Suka dengan langit. Suka dengan senja. Suka dengan pagi.

Ni semua gambar yang di capture sendiri dengan fon. Memang suka dengan panorama. Suke bebeno. Terpaling suka tengok awan berkepuk-kepuk. Antara bukti kekuasaan Allah yang jelas yang boleh kita lihat sendiri.








Wednesday, May 30, 2012

Kawan rapat kawin.

Bismillah. Hari ahad yang lepas 27hb Mei 2012. Seorang lagi sahabat aku dah selamat mendirikan rumah tangga. :D Alhamdulillah. Syukran. Ni sahabat since sekolah menengah. Kami 6 bersahabat. Sekarang tinggallah aku seorang yang masih LONE RANGER.
Asmak ni berkahwin dengan engineer kat opis aku. Mean? Maknanya.. aku lah yang jadi match maker mereka. Tak sangka menjadi. Bulan Januari tahun lepas diperkenalkan..Bertunang hujung tahun lepas and dah pun berkahwin. Orang kata.. kalau dah memang jodoh tu..Memang dipermudahkan. (:
Seronok pergi kenduri hari tu. Berkumpul dengan kawan-kawan sekolah. Masing-masing kendong anak. Aku kendong lemak. Heehaha.


Masing-masing tengah DEBOR ni. :D

Eceh ceh ceh. Ingat muda ke hang buat peace lagu tu? Haha.

P/S : Semoga kalian berbahagia hingga hujung nyawa. <3