Tuesday, December 24, 2013

Dah Berumah Tangga.

Alhamdulillah. Dah hampir 3 minggu aku jadi isteri orang. Satu perkataan je boleh disimpulkan.. BAHAGIA. Syukur pada Allah sebab beri peluang untuk aku rasa bahagia ni. Memang betullah yang halal itu lebih berganda impak bahagianya. (:

p/s : Aku dah tak reti nak ekspresikan perasaan melalui perkataan. Cukuplah sekadar hati yang merasainya.



Friday, September 27, 2013

Ubah.

Dalam hidup ni kena ada perubahan. Perubahan ke arah kebaikanlah yang aku maksudkan. Takkan nak berada ditakuk yang sama je. Kan? Banyak benda dan perkara dalam hidup ni yang perlu ada improvement. Yang aku nak highlight kan kat sini.. Improvement dari segi cara hidup dan amalan kita sebagai seorang Islam..sebagai Hamba Allah.

Kadang tu tak perlu drastik sangat perubahan yang kita nak buat tu. Step by step but must be istiqomah lah for sure. Aku sendiri pun nak berubah sikit-sikit. Step by step. Takdelah jadi baik sangat pun. Banyak lagi yang kurang. Tp insyaAllah akan cuba lagi perbaiki diri untuk jadi hamba-Nya yang patuh dan taat dengan perintah-Nya.

Macam dulu-dulu.. aku pakai je lengan pendek. Masa tu.. takde trend inner2 ni. Baju atas punggung..(Nasib baik dulu kurus :P )sbb dulu2 mmg takde macam sekarang ni. Tudung pun takde jual yang lebar2 macam sekarang ni. So pakai tudung tu selempang je kiri kanan. Sekarang keterbukaan fesyen dari segi agama tu dah luas. So budak2 zaman sekarang ni..takdenyelah isu tak up-to-date kalau pakai baju cover aurat ni. Sekarang dah berlambak-lambak fesyen muslimah yang bila pakai still nampak bergaya. Bila nak berubah ni.. pokok pangkalnya hati. Nak ke tidak je.

Berbalik pada perubahan diri aku sendiri. Bila dah keluar trend pakai inner tu. Aku start dah pakai inner. Cari t-shirt2 yang bawah punggung but still masa tu pakaian mengikut bentuk badan.(malu) Then pattern baju yang loose2 dah keluar. So masa ni.. aku dah tak pakai t-shirt yg ikut cutting badan (Actually ikut cutting pun aku takkan beli baju yang jenis betul2 sendat macam nangka kena balut tu). Kalau pakai t-shirt fit pun aku mesti pakai dengan cardigan. Aku beli pulak kemeja yang loose2 pakai dengan skinny jeans. Pastu dah sikit pulak pakai skinny jeans aku pakai jeans biasa. Hijab pulak ni masa ni dah pakai shawl je memanjang. So..sedikit demi sedikit.. badan pun tetiba membesar bagai juara.. Aku mula meninggalkan jeans dan segala seluar yang seangkatan dengannya. Seluar kerja yang nampak bentuk kaki peha aku dah tak pakai. Dah jadi segan nak pakai. Masa ni susah jugak rasa.. dah manjang pulak nak pakai baju kurung je pergi keja. Sebab.. aku sebenarnya suka jugak dgn fesyen (kononlah) Alhamdulillah.. tak lama lepas tu keluar trend palazzo. So aku beli palazzo. Dan sampai sekarang aku pakai palazzo lah sebagai ganti kepada jeans.

Sekarang zaman dah canggih. Ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah pun dah makin popular. Dorang nak sampaikan dakwah pun mudah. Ada FB..Twitter..Instagreng pun boleh. So kita nak dapat ilmu pengetahuan tu mudah. Bila ustaz dan ustazah ni duk selalu tekankan.. pakai hijab tutup dada..tutup dada..tutup dada.. Takkan tak terkesan dihati. Kan?
Biarlah orang kata nampak extra gemuk pun sebab duk pakai baju besar-besar. Biarlah. Pandangan manusia tak penting. Yang penting pandangan Allah. Masa last year bila aku dah totally pakai baju loose2 tudung bawah dada semua then aku rasa macam kurang lagi. Kaki..still nampak kulit.Macam awkward je rasa tetiba. At beginning aku pergi beli 2 pasang socks yang jarang tu. Memang pelik kot pakai flat ke sandal dengan socks serius pelik. Perasaan rasa masa tu.. 'ermm nanti orang kata aku alim' . Seriously.. aku takot orang kata aku alim. Sebab aku bukan orang alim. Aku ni hamba Allah yang cuba taat dengan perintah-Nya. Then lama-lama aku dah biasa pakai socks. Cumanya..belum lagi tahap pakai stokin dalam rumah. Tak tau lah akan datang pakai jugakkan. Mudah-mudahan.

Dari segi solat pun sebenarnya kita kena improve. Cukup dah cukup.. tapi.. cukup saje tak memadai. Andai solat kita tu tak sempurna. Dulu-dulu.. aku solat boleh kata express jugak. Bacaan semua nak laju. Macam mana tu? So sekarang cuba improve. Jaga betul-betul tertib masa solat agar solat tu diterima. Kalau dulu masa belasan tahun sampai awal 20 an aku just amalkan setiap khamis malam jumaat baca yassin. Yassin je lah masa tu yang dibaca. Then step by step improve. Sebab terkesan dengan kata-kata ustaz. Quran jangan sesekali ditinggalkan. Penerang dan penenang hati. Tak dapat banyak.. sehari 2 helai pun dah okay. Sebab tu aku kata..kena ada improvement. Takleh merasa sekadar cukup tu je dalam soal ibadah ni. Then bila dah baca quran tu.. takkan baca je tanpa faham maksud dan isinya. So last year.. Masa adik aku yang belajar kat kolej dapat kupon utk beli buku 1 malaysia tu.. tah kenapa.. dia tanya aku nak apa.. dia nak belanja. sebab dia tak tau nak beli buku apa.. So aku kata aku nak tafsir quran. Alhamdulillah.. rezeki. Aku dah ada tafsir quran sekarang. So bila baca.. boleh tengok maksudnya terus.

Sebelum ni.. kalau dalam rumah dengan abang ipar.. sepupu-sepupu lelaki aku tak pakai tudung pun. Memang keluar rumah even nak sidai baju pun aku akan pakai tudung. Tapi bila dalam rumah aku taklah pakai. Dah rumah kita kan? Sekarang aku dah sedar. Pagi ke malam pakailah tudung dalam rumah kalau abang ipar ada. Klau rasa rimas.. duk dalam bilik jap. Mula-mula je rasa susah. Lama-lama dah biasa. Alhamdulillah. Hati tu dituntun ke jalan yang baik. Moga Allah tak palingkan hati aku setelah diberi NUR nya.
Aku cuba istiqamah dengan segala perubahan yang aku dah buat. Dan aku nak jadi contoh yang baik untuk adik-adik aku pulak. Memang soal tutup aurat ni wajib. Tp sebagai manusia yang lahir dalam keluarga yang biasa je.. bukan anak ustaz/ustazah.. bukan mudah sebenarnya kita nak ubah diri buat perkara yang kita tak biasa. Aku akan cuba dan akan guide adik-adik aku. Aku cuba insyaAllah. Step by step. Tapi mesti ada improvement. Banyak sangat lagi yang kurang pada diri ni. Moga terus diberi hidayah oleh-Nya. Aku share ni bukanlah berniat nak bagi tau aku ni dah baik. Takdelah niat macam tu. Sekadar nak share pengalaman sendiri. Orang kata kalau kita nak nasihat orang.. kita kena nasihat diri sendiri dulu..kena ubah diri sendiri dulu. Dan macam yang aku kata.. aku berubah bukan sebab nak jadi alim tapi apa yang aku ubah tu memang Allah perintahkan. Aku buat kerana Allah suruh. Walaupun mungkin banyak lagi yang aku tak buat..tapi mana yang aku tau dan sedar aku akan cuba perbaiki. InsyaAllah.


"Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." - (An-Nisaa' 4:17)

Thursday, September 12, 2013

See through your heart. - Mabul Island.

Sesiapa bercadang nak pergi holiday or honeymoon.. Sila pergi Mabul Island. Please go! Dah lepas 3 bulan aku dan kawan-kawan pergi mabul. Tapi rindu dihati terhadap Mabul jangan katalah. Setiap kali tengok gambar setiap kali tu rindu gila. Indah yang luarbiasa pada aku. Pengalaman yang takkan dapat dikutip kat semenanjung ni. Resort atas air. Dapat tengok budaya dan cara hidup yang berbeza orang-orang bajau laut. Dorang still hidup cara oldschool. Takde elektrik. Ada tu ada..tapi guna generator. Tapi kat mana-mana pulau  yang aku pergi pun..sumber elektrik dorang adalah generator. I'm truly madly deeply in love with this place.
Nampak tak betapa jernihnya ayor kat sini. Nampak tak!

Jatuh hati. Subhanallah.
Yang Dirindui.
Ini port untuk snorkelling. Snap dari atas bot. Nampak macam cetek tapi dalam sebenarnya. Betapalah jernihnya air kat sini.
Rohit dan Rohan. Dorang adik beradik. Anak-anak bajau laut. Dorang akan datang kalau nampak tourist untuk mintak duit. Nampak je kita..dorang akan tadah tangan. Anak-anak bajau laut kat sana memang kebanyakannya tak berbaju. Kesian dorang..hidup dalam bot je. :'(
Boleh kata semua anak-anak bajau laut expert kayuh perahu ni. Memang style.
Nengok ayor tu. Crystal Clear okay.  Geram rasa nak terjun!

Ni  chalet kami menginap. Billabong. Resort kat Pulau Mabul boleh kata semua atas ayor ye. Style wei memang style. 
Ni sebelah belakang.Perkampungan penduduk Pulau Mabul. Kampung-kampung ayor jernih ghope gini.
Ni kedai runcit kat perkampungan Mabul. Oldskool kan? Jajan yang depa juai pun oldskool..yang aku duk makan masa-masa kecik ada kat kedai runcit dorang. Dorang hidup cara dorang. Peaceful. 
Kat sana geng patrick ni banyak gila. Senang jumpa.. macam-macam jenis.
Jika diizin Tuhan..aku nak pergi lagi Pulau Mabul ni. InsyaAllah!

Semua gambar ni aku snap dari fon S2 je. Ada 2 keping je yang gambarnya di edit sikit. Lain-lain gambar original. Serius puas hati pakai samsung.*tetiba.

Monday, September 2, 2013

Rejeki.

Lama gila tak blog-ing. Malas sebenarnya. Malas bebenor. Bermula harini kita bakal kembali sibuk tahap menteri. Akan bertapa di opis sampai ke malam. Memang kutip duit claim ot je lepas ni.
Alhamdulillah. tahun ni banyak perkara yang baik berlaku dan bakal berlaku. Baru-baru ni dapat kenaikan pangkat. Syukur pada Allah kerana beri rezeki ni. Rezeki orang nak kawen kata orang. :D
Date nak menikah pun dah ditetapkan. Satu yang merunsingkan.. nak buat persiapan ni. Time ni nak kawen.. time ni jugak nak start bz balik. Takpe.. Kita chill. Moga Dipermudahkan. InsyaAllah. Aamiin.
Tetiba tak tahu nak citer ape. Okay bye.


Ni gambor masa trip pegi mabul bulan 7 hari tu. Nanti kalau kita rajin.. kita update pasal Mabul ye!

Friday, May 10, 2013

Hatyai.

27hb April sampai 30hb aritu aku ke Hatyai. Alhamdulillah. ada jugak rezeki pergi Negara orang walaupun hanya Negara jiran je. Rezeki orang bujang. :D Kali ni travel lain sikit. Kami pergi naik keretapi. 12 jam ooo jenuh jugak. Walaupun amik gerabak yang tempat tido punya..lepu jugaklah. Mana lena sangat nak tido. Dok goyang-goyang :D Tapi..seronok gila. Serius. Last aku naik keretapi bahagian tempat tidoq ni masa kekecik marin. Zaman ayah aku masih berkhidmat dalam tentera. Nak balik kampong kat aloq setaq nuu.
 
Sampai je kat stesen keretapi Hatyai.. Tengok keadaan kat situ. Memang terdetik dalam hati. Negara kita jauh lebih maju. Rasa bersyukur sangat lahir di bumi Malaysia. Kat setiap platform dia.. berbaris orang meniaga jual makanan. Siap junjung atas kepala bakul besar berisi makanan bawak naik atas tren. Ada tu meniaga ayam goreng. :D Da habis orang membeli..depa turun.
 
Aku rasa keretapi ni pengangkutan utama dorang untuk gi ke daerah  lain la kot. Sebab orang sentiasa ramai. Dan.. keretapi dia takde aircond2 macam kita. Semua bertingkap macam dalam gambor ni. Ini kira cantik la. ada tu.. Nampak lebih old school. Trek keretapi dorang gitu je lah. Takde jejantas okay. Kalau kita nak pi platform paling hujung.. kalau ada keretapi kat belah platform yang depan-depan ni.. kita kena tunggu keretapi yang ada tu jalan.. baru buleh kita cross. Haiyo. *tepuk dahi* Aku macam wondering jugak.. Kenapa kerajaan depa taknak buat jejantas. 
 
Kat sana kami naik tut-tut untuk gerak ke sana sini. Kami book orang yang sama utk bawak kami berjalan selama 2 hari kami kat sana. 1500 baht untuk dua hari. Bersamaan RM150++ lah duit kita. If kena nak bergerak sekitar Bandar tu..dia charge 20 baht satu kepala.Tut-tut ni macam teksi la kalau kat Malaysia. Aku tak tau la macam mana orang yang tinggi lampai nak naik tut-tut ni.
 
 
 
Pulut manga. Fuhhh. Memang trade mark dorang kat sana. Merata-rata ada.
 


Tengoklah kabel elektrik dorang. Yang ni pun buat aku geleng kepala dan jugak seriau. Berselirat. Ada tu kendur sampai ke bawah. Again.. Malaysia lebih bagus.
 
 
 
Kita kat sini suke membanggakan us lah.. uk lah.. Dorang kat sana... turut berbangga dengan Malaysia! Banyak kedai aku tengok dok buat baju/t-shirt printing bendera Malaysia.
 
Dorang takde pasar basah yang proper. Aku tak Nampak pon. Dorang meniaga barang-barang basah.. macam ni lah. Kat kaki-kaki lima. Selambe. Takde MPSJ DBKL nak saman. Takde-takde. Yang ada signboard tu kedai emas tau. Tapi... apa ada hal.. orang jual manga leklek ye kat kaki lima tu. :D
 
Inilah dia Hatyai Floating Market. Kalau korang gi sana.. wajib pergi sini tau. Benda yang takde kat Malaysia. Dia macam pasar malam la. Cuma bezanya.. depa berniaga atas perahu. Aku serius excited gila dating sini. Bukan sebab tengok makanan. Tapi excited tengok benda baru. Memang stai! Mula-mula memang rasa tak lalu dan was-was je nak membeli makanan kat sini. Tapi bila tengok orang2 yang berniaga.. kebanyakannya Islam. Kami beli jugak. Harga pun tak mahal dalam 20 baht ke 35 baht je. Worth it. Nak tau kenapa.. Lihat gambar seterusnya.
 
Dia ni cantik. Antara yang meniaga kat situ dia paling cantik. Dia Nampak aku nak snap pic dia..Dia senyum je. Maneh. (:

Sushi pon ado kat sini haa. hehehe.

Haa.. yang ni yang aku kata worth tadi, Nampak bekas-bekas tembikar tu? Orang ni dia jual air. Air tu dia akan isi dalam bekas tembikar tu. Dengan harga 25 baht = 2.50 bekas tembikar tu sekali akan dapat ke kita. Boleh pilih nak bekas mana. Angry bird ke.. Doraemon ke.. bekas dia pun besar. Kira kembunglah perut minum ayor. Menarik kan.

Ais krim kelapa. MasyaAllah. Sedap sangat. Bagi orang yang suka aiskrim.. memang nikmat lah dapat makan aiskrim. Kena cuba kalau pi sana. Dah le banyak. ber scoop-scoop, sedap.. murah pulak tu! Dapek bokeh tu sekali. Bokeh tu ada penutup ea sekali. Pueh hati!

Ni pisang bakaq. dia potong bulat-bulat then bakaq. Boleh makan saja.. atau mintak macam kawan aku beli tu..buh santan. macam pengatlah kot. Tapi aku tak rasa pun. Terlupa. Sebab seronok sangat amik gambor. :D


Jagung pun aku beli. Maneh berlemak sedap. Aku beli 'jagung cup' kalau kat Malaysia lah. kat sana jagung tembikar. Boleh gitu? Yang hitam tu.. tak pasti dia rebus ngan air campuran daun apa. Tak berani cuba. teehee.

Konklusinya.. trip ke hatyai ni.. apa yang menyeronokkan adalah dapat tengok budaya orang. Negara orang.. dan pembangunan dorang. Sape kaki shopping.. bawaklah duit lebih sikit. Baju kat sana murah-murah oi. Kemeja jeans kat sini..aku survey kat sini rm45 paling murah. Kat sana aku beli.. dapat 300 baht. Puas hati! Wiwiwwi.
















Tuesday, April 16, 2013

Obsesi.

Manusia yang terlalu mengagungkan cinta(kepada manusia) pasti akan menemui kesakitan. Jika tidak sekarang. Dikemudian. Percayalah.
Cinta melangit takkan menjanjikan bahagia dan manis itu berkekalan hingga ke mati. Cinta melangit tu lah yang sering memberi kelukaan. Berpada-padalah dengan rasa cinta. Manusia bukan tempat bergantung harap. Sebaliknya Allah SWT. Cukuplah DIA bagi kita. Bila kita terlalu berharap kepada manusia itulah kesilapan terbesar kita. Dimana cinta kita pada manusia melebihi cinta kita pada Allah. Nak kenal pasti macam mana.. cuba lihat.. dalam satu hari berapa kali kita teringat cinta hati kita berbanding Allah? Kalau asik ingat cinta hati..itulah tanda yang rasa cinta kita pada manusia lebih dari rasa cinta kepada Ilahi.
Aku dulu pernah begitu. Obses dengan cinta. Hari-hari kalau boleh nak update blog nak tulis tentang perasaan cinta aku pada si dia. Kesudahannya.. aku gagal. Kita manusia kadangkala tak sedar..kegagalan tu sebenarnya berpunca dari kita sendiri. Lepas tu mulalah nak salahkan takdir.
Namun hari ini.. aku bersyukur. Kerana kegagalan itu....menjadikan aku manusia yang lebih kuat. Lebih dekat dengan Allah. Menjadikan aku manusia yang lebih ingin menjejak Jannah.
Kita tak boleh ada perasaan "oh aku tak boleh hidup tanpa dia." Janganlah sesekali merasa begitu. Setiap kali ada rasa begitu..pujuklah hati dan perasaan kita bahawa setiap apa yang kita miliki di dunia ni pinjaman semata. Keluarga, Mak Ayah, Adik Beradik, Isteri,suami,anak-anak, tu semua Allah bagi pinjam. Kalau Allah nak ambik semula dari kita bila-bila masa DIA boleh ambik. Sepatutnya tak boleh hidup tanpa 'dia' tu adalah tak boleh hidup tanpa Allah. Selalunya orang-orang muda dan yang belum berkahwin ni lah yang terpaling obses dengan cinta. Jarang aku tengok orang-orang dah kahwin obses dengan isteri/suami. (:
Aku tidaklah bermaksud.. kita ni tak perlu berkasih sayang. Memang dalam hidup kita perlu berkasih sayang. Allah menganugerahkan kita dengan perasaan. Cumanya jangan terlalu obses. Aku sendiri kadang-kadang terleka dengan perasaan. Aku pun manusia normal. InsyaAllah.. bukanlah seobses dulu-dulu. Kerana apa yang aku percaya sekarang.. Kalau kita cinta pada Ilahi..segala cinta yang ada akan datang pada kita tanpa perlu kita mintak. Cukuplah kita menjaga rasa cinta kita pada Allah. InsyaAllah.. hidup selamat.
Buat adik-adik (tu pun kalau ada orang baca blog aku).. tolonglah jangan obses dengan makwe/pakwe. Jangan pernah takut kehilangan. Dalam dunia ni takde ape pun yang kekal. Kita lek-lek sudahlah. Lagi elok tak payah bercinta. Cinta macam ni lebih banyak tak baik dari baik.

 
"Sesungguhnya, apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampaui batas terhadap diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka, akan menjadi sedikitlah orang yang memberi peringatan" - Imam Hasan Al-Basri

Wednesday, March 27, 2013

Mohon, mintak, mengadu.

Assalamualaikum. Hari ni nak sembang pasal doa. Doa ni senjata bagi orang Mukmin. Doa juga satu ibadah. Allah suka hamba-Nya berdoa meminta pada-Nya. Berharap dengan-Nya. Orang yang tak nak berdoa, taknak memohon pada-Nya adalah manusia yang sombong, kata Allah.
Normally kita ni berdoa meminta pada Allah sesudah kita solat. Pada yang tak solat..tak sujud pada Allah.. agak-agaknya dorang berdoa waktu bila? *Ini tanya bukan prejudis. Sebenarnya..Allah lebih dulu tahu apa yang kita nak..apa yang kita harapkan..Even belum terdetik dalam hati kita pun Allah dah tahu.Cuma..Allah suka kita mohon dengan-Nya. Meminta pada-Nya.
Aku jugak yakin dengan kekuatan doa ni. Bila berdoa..Hati kena yakin. Yakin yang Allah dengar. Berdoalah dengan sungguh-sungguh. Aku selalu mengalami situasi dimana..aku tak berupaya nak uruskan sendiri masalah aku dan aku sedar.. hanya Allah yang mampu tolong aku. Aku berdoa..berdoa sungguh-sungguh dengan rasa yakin..Allah akan tolong. Dan terbukti..Allah memang tolong aku. Kadang benda-benda macam ni.. kita sampai tak tercerita dengan orang. Betapa besarnya kekuasaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Sila ingat ayat ni.. "Aku bertindak sebagaimana sangkaan Hamba-Ku." Ini adalah benar. Kalau kita yakin DIA akan tolong kita..DIA pasti tolong kita. Syaratnya.. mintak dengan DIA. Ini tidak.. ada masalah taknak mengadu dengan Allah. Sibuk mengadu dengan facebook. Facebook boleh selesaikan masalah ea? Dulu-dulu aku pun tak realize tentang ke-power-an doa ni. Berdoa ni bukan sekadar tadah tangan kendian mintak apa yang dihajati. BUKAN. Kita kena berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan rasa yakin Allah Maha Penolong. Macam aku sekarang..bila aku dalam kesulitan.. monolog aku pada diri aku sendiri.."doalah Allah sedang dengar. Allah akan tolong." Aku sangat deep yakin Allah pasti tolong aku. Kalau Allah tak makbulkan or mungkin lambat makbulkan..itu bersebab.
Masih ingat aku pernah menang hadiah lucky draw hs Samsung galaxy 2? Kalau nak tahu..masa aku tahu list hadiah2 lucky draw ada hs Samsung ni.. Aku hari-hari cakap.."nak menang hs Samsung.." Hari-hari cakap okay. Ingat..kata-kata itu juga doa. Bukan setakat cakap. Aku doa jugak harap dapat menang hs Samsung tu. Bukan doa lepas solat. Itu macam materialistic sangat kot. :D Tapi aku doa ketika hujan. Betul ni..tak tipu. Antara waktu yang mustajab untuk berdoa adalah kita hujan. Kebetulan sebelum annual dinner tu.. mmg musim hujan. Boleh kata tetiap petang tu hujan. Dan boleh kata setiap kali hujan tu jugak aku berdoa. Selambe tadah tangan berdoa. ;)) Tiba masa malam annual dinner tu.. satu demi satu nama diumumkan. Kalau ikotkan aku rasa mcm takde harapan nak menang. sebab dah banyak nama kena announce.. tinggal lagi grand prize je tak announce. Iaitu TV LCD Screen 42 inc dan Samsung galaxy S2. Nak tau...masa mc kata.. hadiah seterusnya adalah Samsung s2.. aku punyalah berharap dapat menang. Dan..dan..dan.. masa 1 of board director tu gaul2 untuk cabut nama dalam balang. Aku doa lagi dalam hati masa tu. "Ya Allah.. harap-harap dia pick kertas yang tertulis nama aku." Once dia dah pick dan pass kepada mc utk diumumkan..n mc cakap.. "oh panjangnya nama." Aku dah rasa nama tu nama aku. MC tu Chinese..n orang cina selalu kata nama aku panjang n susah nak sebut. :D So.. aku rasa macam..macam..nama aku je. N yess.. memang betul dia announce nama aku.Kaku sekejap! Kawan-kawan sume dah sorak. Itu satu bukti. Allah dengar doa aku. (:
Makanya..berdoalah..mintaklah..mengadulah sungguh-sungguh pada Allah. Allah mendengar dan DIA pasti tolong kita. (:

Ini antara gambar  peveret aku. Masa ni baru lepas hujan. Petang. Aku nampak pokok ni. Calmness sangat rasa. (':

Friday, February 15, 2013

Lima Belas Haribulan Dua.

Alhamdulillah. 2 Month already.
 
 

Ni gambor keluar masa 2 minggu lepas tunang haritu. Poie shopping boli barang dapur. Pehtu sampai sekarang takde keluar sama lagi. Dia ni memang jenis dia macam tu. Kalau namanya keluar sesaje nak berdating tu..bukan dia lah. So far setakat ni bila kami keluar memang ada point. Beli baju nikah lah. Beli cincin tunang lah. Lagi satu..yang lain dari yang lainnya..Jenis dia..kalau keluar takde  melarat sampai ke malam. Kita jumpa kat satu tempat.. pegi beli barang..makan..habis makan, balik. Kah kah kah. Kiranya kalau keluar pukul 11 dalam pukul 4 dah sampai rumah. (: Alhamdulillah. Aku suka begitu. Orang kata bertunang ni dugaannya besar. So far.. Alhamdulillah. Takde apepun yang besarnya. Moga berterusan begini. Dah lah. usah citer lelebih. Bukan kita je yang bahagia kat dunia ni. Ye dak? Ni pun update sebab nak memahatkan ingatan. Hehe.

Thursday, January 17, 2013

Kemho-ing.

Aku sedang mengalami masalah malas dan muak dengan kerja hari ni. Serba tak kena dibuatnya. Makanya aku pun cuba gigihkan diri untuk update blog biarpun sebenarnya virus penyakit malas update blog dah lekat pada diri aku. Entah ape yang aku rajin.. aku pun tak tau. Oh. ada.ada. Rajin amik gambar. Pantang tengok apa-apa yang dirasakan menarik..aku snap sajo.
Bercakap pasal amik gambar ni kan.. Lately ni yang aku perasan.. semakin ramai orang yang suka ber kemho (eh chop. tau tak kemho tu? CAM WHORE sebenarnya. :p ). Aku ada a bit rasa macam 'tak kuasa betul' dengan orang-orang yang kemho-ing ni. Zaman semua orang pakai telefon pintar.. aku paham lah tu. Tipulah kalau aku tak buat. Buat..tapi takdelah setiap hari nak kemho-kemho ni. Dorang ni obses dengan diri sendiri - bak kata hot mama Canana. Memang ye aku rasa. Kalau yang muda-mudi tu aku pahamlah. Boleh terima lagi. Kalau jenis yang dah tahap mak-mak orang ni..alahaiii lemah sendi-sendi acik dibuatnya. Kalau dekat instagreng memang tak kenan lah nak follow orang yang dalam instagreng dia 90% isi dalamnya adalah muka mereka sendiri terutamanya artis. Oh kamon. Di mana seninya fotografi itu kalau hampir kesemua foto yang dalam tu adalah foto diri sendiri yang di snap diri sendiri dari sudut 90, sudut 45, sudut cakah dan macam-macam lagi sudut. Enough is enough lah kakak. Bagi chance kat yg muda-mudi je lah buat perangai gitu. Kita yang dah umur-umur gini dah ada anak suami ni simpan-simpanlah rasa obses dgn kecantikan diri tu. Jangan nak kemho-ing sangat. Ye. saya tahu aok cantik. Semua orang tahu aok cantik tapi berpada-padalah dalam menayang rasa cantik diri tu. Kita patut jauhkan hati kita dari perasaan suka dipuji. Sesungguhnya Puji-pujian itu adalah racun. Racun yang kemudiannya mendatangkan rasa riak tanpa kita sedar. Racun yang boleh hilangkan perasaan malu dalam diri kita ni. Nauzubillah. Aku bukan kondem siapa-siapa. Cumanya kadang tu aku sendiri yang terasa malu. Berkali-kali aku kata pada diri.ingatkan pada diri.. janganlah berperangai yang tidak-tidak.
Pintaku. Harapanku. Doaku. Bila aku menjadi seorang isteri dan ibu nanti..Allah lindungi aku dari sifat-sifat sebegini. Sifat-sifat yang bila orang tengok.. orang kompius..aku ni bujang ke isteri orang. Pahamkan maksud aku?
Sesungguhnya yang baik-baik dari Allah dan segala puji-pujian hanyalah bagi Allah.