Tuesday, April 16, 2013

Obsesi.

Manusia yang terlalu mengagungkan cinta(kepada manusia) pasti akan menemui kesakitan. Jika tidak sekarang. Dikemudian. Percayalah.
Cinta melangit takkan menjanjikan bahagia dan manis itu berkekalan hingga ke mati. Cinta melangit tu lah yang sering memberi kelukaan. Berpada-padalah dengan rasa cinta. Manusia bukan tempat bergantung harap. Sebaliknya Allah SWT. Cukuplah DIA bagi kita. Bila kita terlalu berharap kepada manusia itulah kesilapan terbesar kita. Dimana cinta kita pada manusia melebihi cinta kita pada Allah. Nak kenal pasti macam mana.. cuba lihat.. dalam satu hari berapa kali kita teringat cinta hati kita berbanding Allah? Kalau asik ingat cinta hati..itulah tanda yang rasa cinta kita pada manusia lebih dari rasa cinta kepada Ilahi.
Aku dulu pernah begitu. Obses dengan cinta. Hari-hari kalau boleh nak update blog nak tulis tentang perasaan cinta aku pada si dia. Kesudahannya.. aku gagal. Kita manusia kadangkala tak sedar..kegagalan tu sebenarnya berpunca dari kita sendiri. Lepas tu mulalah nak salahkan takdir.
Namun hari ini.. aku bersyukur. Kerana kegagalan itu....menjadikan aku manusia yang lebih kuat. Lebih dekat dengan Allah. Menjadikan aku manusia yang lebih ingin menjejak Jannah.
Kita tak boleh ada perasaan "oh aku tak boleh hidup tanpa dia." Janganlah sesekali merasa begitu. Setiap kali ada rasa begitu..pujuklah hati dan perasaan kita bahawa setiap apa yang kita miliki di dunia ni pinjaman semata. Keluarga, Mak Ayah, Adik Beradik, Isteri,suami,anak-anak, tu semua Allah bagi pinjam. Kalau Allah nak ambik semula dari kita bila-bila masa DIA boleh ambik. Sepatutnya tak boleh hidup tanpa 'dia' tu adalah tak boleh hidup tanpa Allah. Selalunya orang-orang muda dan yang belum berkahwin ni lah yang terpaling obses dengan cinta. Jarang aku tengok orang-orang dah kahwin obses dengan isteri/suami. (:
Aku tidaklah bermaksud.. kita ni tak perlu berkasih sayang. Memang dalam hidup kita perlu berkasih sayang. Allah menganugerahkan kita dengan perasaan. Cumanya jangan terlalu obses. Aku sendiri kadang-kadang terleka dengan perasaan. Aku pun manusia normal. InsyaAllah.. bukanlah seobses dulu-dulu. Kerana apa yang aku percaya sekarang.. Kalau kita cinta pada Ilahi..segala cinta yang ada akan datang pada kita tanpa perlu kita mintak. Cukuplah kita menjaga rasa cinta kita pada Allah. InsyaAllah.. hidup selamat.
Buat adik-adik (tu pun kalau ada orang baca blog aku).. tolonglah jangan obses dengan makwe/pakwe. Jangan pernah takut kehilangan. Dalam dunia ni takde ape pun yang kekal. Kita lek-lek sudahlah. Lagi elok tak payah bercinta. Cinta macam ni lebih banyak tak baik dari baik.

 
"Sesungguhnya, apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampaui batas terhadap diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka, akan menjadi sedikitlah orang yang memberi peringatan" - Imam Hasan Al-Basri