Monday, August 13, 2012

Rezeki.

Semalam pagi.. pergi ke Shah Alam dengan niat nak tolong kawan aku punya makcik meniaga kat pasar pagi dekat stadium s.alam tu. Ni dah tahun kedua aku pegi tolong. Actually saja-saja nak menolong.Seronok entertain orang. Makcik kawan aku ni dia jual baju kurung cotton dah siap jahit. Boleh tahan laku lah. Untung aku rasa meniaga baju ni. Nak-nak lagi sekarang trend. Semua orang nak pakai cotton. Ye tak? Hehe. Makcik kawan aku kata.. aku pandai serve orang. Boleh lah sikit-sikit. Apa gunanya kerja kedai gambar 4 5 tahun kalau tak pandai serve customer. :D
Actually inspired jugak. Aku ni dari tahun lepas keinginan meniaga tu dah ada. Cuma tak gerak je lagi. InsyaAllah.. 1 fine day. Ecewah. Tapi serius.. mmg terasa nak meniaga. Nak membaiki taraf hidup orang kata.Kalau makan gaji ni.. duit makan pakai tu..cukup-cukup je.Nak senang tu tak lah kot. Nak-nak lagi orang yang hanya ada sijil macam aku ni haa. Mudah-mudahan berjalanlah hendaknya niat hati ni. InsyaAllah.


P/S : Sedondonlah kita tahun ni.

3 comments:

  1. kamu patut bukak bisnes sendiri one day

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah. Sila jd customer saya nanti ye. Bg harga murah je nanti. Hehehe.

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah. Sila jd customer saya nanti ye. Bg harga murah je nanti. Hehehe.

    ReplyDelete