Aku sedang mengalami masalah malas dan muak dengan kerja hari ni. Serba tak kena dibuatnya. Makanya aku pun cuba gigihkan diri untuk update blog biarpun sebenarnya virus penyakit malas update blog dah lekat pada diri aku. Entah ape yang aku rajin.. aku pun tak tau. Oh. ada.ada. Rajin amik gambar. Pantang tengok apa-apa yang dirasakan menarik..aku snap sajo.
Bercakap pasal amik gambar ni kan.. Lately ni yang aku perasan.. semakin ramai orang yang suka ber kemho (eh chop. tau tak kemho tu? CAM WHORE sebenarnya. :p ). Aku ada a bit rasa macam 'tak kuasa betul' dengan orang-orang yang kemho-ing ni. Zaman semua orang pakai telefon pintar.. aku paham lah tu. Tipulah kalau aku tak buat. Buat..tapi takdelah setiap hari nak kemho-kemho ni. Dorang ni obses dengan diri sendiri - bak kata hot mama Canana. Memang ye aku rasa. Kalau yang muda-mudi tu aku pahamlah. Boleh terima lagi. Kalau jenis yang dah tahap mak-mak orang ni..alahaiii lemah sendi-sendi acik dibuatnya. Kalau dekat instagreng memang tak kenan lah nak follow orang yang dalam instagreng dia 90% isi dalamnya adalah muka mereka sendiri terutamanya artis. Oh kamon. Di mana seninya fotografi itu kalau hampir kesemua foto yang dalam tu adalah foto diri sendiri yang di snap diri sendiri dari sudut 90, sudut 45, sudut cakah dan macam-macam lagi sudut. Enough is enough lah kakak. Bagi chance kat yg muda-mudi je lah buat perangai gitu. Kita yang dah umur-umur gini dah ada anak suami ni simpan-simpanlah rasa obses dgn kecantikan diri tu. Jangan nak kemho-ing sangat. Ye. saya tahu aok cantik. Semua orang tahu aok cantik tapi berpada-padalah dalam menayang rasa cantik diri tu. Kita patut jauhkan hati kita dari perasaan suka dipuji. Sesungguhnya Puji-pujian itu adalah racun. Racun yang kemudiannya mendatangkan rasa riak tanpa kita sedar. Racun yang boleh hilangkan perasaan malu dalam diri kita ni. Nauzubillah. Aku bukan kondem siapa-siapa. Cumanya kadang tu aku sendiri yang terasa malu. Berkali-kali aku kata pada diri.ingatkan pada diri.. janganlah berperangai yang tidak-tidak.
Pintaku. Harapanku. Doaku. Bila aku menjadi seorang isteri dan ibu nanti..Allah lindungi aku dari sifat-sifat sebegini. Sifat-sifat yang bila orang tengok.. orang kompius..aku ni bujang ke isteri orang. Pahamkan maksud aku?
Sesungguhnya yang baik-baik dari Allah dan segala puji-pujian hanyalah bagi Allah.
Thursday, January 17, 2013
Monday, December 10, 2012
Bolom Laie.
Dari 2 minggu lepas orang dok tanya aku. Berdebar ke tidak? So far.. jawapannya tidok. Ini serius.. bak kata wonder pet. Memang takde rasa berdebar lagi. Maybe aku takde menghitung hari. Buat derk dengan 'tarikh' ittew. Kalau dihitung berdebar lah kot. Kot lah. And mayb jugak aku lebih rasa 'pening-pening lalat' dengan persiapannya. Banyak mikior tu lebih mengatasi rasa berdebar tu kot. Nak berdebar tunggu masa hari kejadian lah. Berdebar sekarang buang karan je. Eh?
So far persiapan okaylah. 70% consider settle lah. Tinggal lagi nak beli n buh benda-benda makan dalam dulang je. Cincin baru je minggu aritu pi beli. Malu-malu tau masa pi beli cincin. Dok lawan tolak.."U lah pilih.. u lah pilih." Jenuh. Almaklumlah. Walaupun dah lama kenal.. kitorang ni consider macam baru kenal jugak. Kira baru kali ketiga keluar bersama. Berdebar macam 1st time nak jumpa aritu. :P
Macam tak percaya pulak dah nak bertunang. Setelah melalui pelbagai cobaan,cobaan dan cobaan..Finally. Alhamdulillah. Ia rahsia Allah. Kalau dah jodoh tu memang tak ke mana. (: Aku percaya,sangat percaya.. kalau kita bersungguh nak, bersungguh mintak dan benda tu baik untuk kita, Allah akan makbulkan permintaan kita tu. Bezanya lambat dan cepat je. Dalam mengharap apa sekalipun.. ubatnya adalah sabar. Ingat. Orang sabar takkan rugi. Kena percaya 100% dengan Allah. No doubt. InsyaAllah. Segala apa yang Allah dah tetapkan untuk kita itu adalah yang terbaik. Perancangan Allah memang sempurna. Sesungguhnya Yang baik dari Allah. Yang buruk itu adalah 'refleksi' dari kita sendiri.
Nota hati : Hadiah teristimewa. Syukran Ya Ukhti.

Subscribe to:
Posts (Atom)